Kepada semua ibubapa/ penjaga yang dihormati,
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan menguruskan pendaftaran masuk untuk murid-murid Tahun Satu bagi :
a) Kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2009 hingga 1.1.2010 untuk persekolahan tahun 2016
b) Kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2010 hingga 1.1.2011 untuk persekolahan tahun 2017
Tarikh dan masa untuk pendaftaran adalah sperti berikut:
Tarikh : 01.03.2015 hingga 31.03.2015
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengahari (Ahad- Khamis )
2.30 petang -4.30 petang (Ahad hingga Rabu )
2.30 petang - 3.30 petang (Khamis)
Sila bawa bersama sijil kelahiran anak yang asal semasa membuat pendaftaran.
Saturday, 28 February 2015
Saturday, 11 October 2014
SAMBUTAN HARI SUSU SEDUNIA 2014
Sukacita dimaklumkan,Program
Susu lMalaysia
(PS1M) telah dilaksanakan sejak
tahun 2010 untuk meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid-murid sekolah rendah disamping membantu meningkatkan kecemerlangan minda. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan Sambutan Hari Susu Sekolah Sedunia yang disambut pada 24 September 2014.
Sambutan ini bakal melakar sejarah dalam Malaysia Books of Records (MBoR)
sebagai acara minum susu secara serentak di seluruh negara yang akan melibatkan1.4
juta murid.
Warga SJKC Chio Min A turut serta menyambut Hari Susu Sekolah Sedunia!
Tuesday, 30 September 2014
Wakil daripada pihak Bomba memberi sedikit penerangan mengenai persediaan untuk keselamatan & kebakaran kepada murid-murid dan juga guru-guru. |
Latihan kecemasan kebakaran menggunakan Pemadam Api Serbuk Kering ABC. |
Latihan kecemasan kebakaran menggunakan Water Tender Drill. |
Guru-guru SJKC Chio Min A bersama pihak Bomba, Kulim. En. Teh Shaw Boon selaku Guru Besar SJKC Chio Min A memberi saguhati kepada Jabatan Bomba Kulim sebagai tanda penghargaan. |
Monday, 1 September 2014
PENGUMUMAN
Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) adalah pada 9, 10 dan 11 September 2014. Semoga berjaya kepada semua murid Tahun 6!
Wednesday, 13 August 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)