Sunday, 20 July 2014

Program FROG VLE

           1BestariNet adalah inisiatif unggul Kementerian Pelajaran Malaysia untuk meneraju tranformasi pendidikan dengan menyediakan teknologi pembelajaran terbaik kepada semua sekolah di Malaysia. Pihak YTL Communications telah diberi amanah oleh pihak kerajaan untuk merealisasikan Visi 1BestariNet untuk menjana perubahan dalam platform pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang digital di antar kawasan Bandar dan Luar Bandar.
            Di bawah projek 1BestariNet, 10,000 buah sekolah akan dilengkapi dengan perkhidmatan Internet jalur lebar tanpa wayar berkelajuan tinggi iaitu Yes 4G, dan sebuah Persekitaran Pembelajaran Maya iaitu Frog VLE untuk pengajaran dan pembelajaran (PdP) tanpa batasan.
             Dengan itu, setiap pelajar akan mempunyai akses kepada pendidikan bertaraf dunia yang boleh dicapai di dalam dan di luar sekolah pada bila-bila masa dan di mana jua mereka berada. Dalam pelaksanaan program ini,  setiap guru, pelajar dan ibubapa/ penjaga akan diberikan satu ID Pengguna untuk tujuan mengakses seperti;
  • Mengakses platform Frog VLE
  • Mengakses emel peribadi YES
  • Mengakses semua enjin pendidikan maya yang dijana oleh Google yang bertaraf antarabangsa.
            
ID Yes 1BestariNet untuk daftar masuk boleh didapati/ diberi oleh Pentadbir Frog VLE sekolah bagi membolehkan anda mengakses Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE). Setiap sekolah mempunyai URL yang tersendiri untuk tujuan log masuk. URL untuk sekolah SJK(C) Chio Min A ialah https://kbc5033.1bestarinet.net.

                                                       
Sumber: Portal 1BestariNet Kementerian Pelajaran Malaysia  






No comments:

Post a Comment