Tuesday, 15 July 2014

SEJARAH SEKOLAH


SEJARAH SEKOLAH
 

Sekolah Rendah Chio Min ditubuhkan pada tahun 10 Mei 1918.  Semasa itu, bangunan-bangunan yang terdapat di pekan Kulim sekarang digantikan dengan kebun kelapa dan
pokok kelapa. Selepas empat tahun Sekolah Chio Min ditubuhkan, murid-murid bertambah banyak, oleh itu rumah kedai di Jalan Raya disewa untuk dijadikan sekolah.  Pada tahun 1930, bilangan murid bertambah lagi, terdapat lebih kurang 70 orang murid dan mempunyai empat orang guru.
Pada tahun 1942, Sekolah Chio Min terpaksa ditutup akibat serangan Jepun.  Sekolah Chio Min dibuka semula pada tahun Oktober tahun 1945 dan pada tahun 1948, bilangan murid bertambah sehingga 600 orang di samping 100 orang pelajar yang belajar pada waktu malam.  Kelas malam ditutup pada tahun 1963.
Pada tahun 1955, tanah sekolah dibeli.  Sebilangan masyarakat menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk mengutip derma bagi mendirikan bangunan sekolah di Kelang Sago.
Atas usaha pihak-pihak ini, peringkat pertama pembinaan bangunan sekolah iaitu mendirikan 30 buah bilik darjah akhirnya siap pada tahun 1957.
Pada bulan Januari 1958, Sekolah Rendah Chio Min dibahagikan kepada Sekolah Rendah Chio Min A dan Sekolah Rendah Chio Min B.  Pada bulan Mac 1964, kerajaan mengeluarkan sebanyak RM40,000 untuk membina 9 kelas baru.
Tahun demi tahun, prasana sekolah ini terus ditingkatkan sehingga hari ini.

No comments:

Post a Comment